Sidang media khas.

Assalamualaikum wb dan Salam Sejahtera buat semua Rakan Bijaksana saya Peguambela & Peguamcara dari seluruh Negara.

Saya telah memanggil satu Sidang Media Khas jam 6pm tadi (3 April 2019) bagi Menyokong Kenyataan yang di Titahkan oleh DYAM Tengku Mahkota Johor melalui laman fb rasmi Baginda bertarikh 2 April 2019 yg menyatakan bahawa Putrajaya telah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana meraktifikasi Statut Rome tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan dan kelulusan Majlis Raja-Raja Melayu.

Apabila saya membuat semakan, saya mendapati Titah DYAM TMJ berkenaan adalah benar dan berasas kerana Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa :-

“Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”

Di sebabkan oleh tindakan Kerajaan Malaysia meraktifikasi Statut Rome, terdapat beberapa undang-undang tempatan yg akan di gubal dan/atau di pinda bagi menyelaraskan kedudukan dan kesesuaian aplikasi Statut Rome dengan undang-undang tempatan yang secara langsung akan menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu yang sebelum raktifikasi ini adalah Kebal dari sebarang pendakwaan di mana-mana Mahkamah atas kapasiti rasmi Baginda Raja-Raja Melayu.

Selepas raktifikasi ini, kekebalan Baginda Raja-Raja Melayu berkenaan akan di Selaras kan dengan Statut Rome yang membolehkan Baginda di dakwa di ICC dengan dakwaan atas kapasiti rasmi Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia atau penjaga Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu dalam Sidang Media berkenaan, saya telah mengumumkan akan mengumpulkan Sekurang-kurangnya 100 tandatangan sokongan daripada 100 orang Peguam untuk Menyokong Memorandum Undang-undang yang akan mengemukakan beberapa cadangan undang-undang kepada Majlis Raja-Raja untuk menasihatkan Kerajaan Malaysia bagi menarik balik persetujuan untuk meraktifikasikan Statut Rome sepertimana kedudukan yang di ambil oleh negara-negara Asean lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Oleh itu, saya menjemput mana-mana rakan Bijaksana Peguam saya di sekitar Lembah Klang untuk berjumpa saya bagi membaca dan menandatangani Memorandum berkenaan spt ketetapan berikut :-

Tarikh : 4 April 2019 (Khamis)
Tempat : Lobby Lounge Hotel Istana KL
Masa : 11 pagi hingga 6 petang

Untuk Peguam yang berada di luar Lembah Klang yang ingin turut sama membaca dan menandatangani Memorandum ini, Sila hubungi saya di talian 0129770412 untuk Aturan lanjut.

Marilah kita semua Peguam Malaysia tanpa mengira Bangsa dan Agama Bersatu hati mempertahankan Perlembagaan Persekutuan daripada terus di cabuli oleh Kerajaan.

Saya menunggu anda di Hotel Istana.

Sekian dan Terima Kasih

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara

Laporan Sidang Media
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156153674226347&id=221096761346

Status Fb YAM TMJ
https://www.facebook.com/2083565825294170/posts/2217667768550641/